Independent Part Time Blogger

Breaking

Monday 5 February 2018

Simple, 3 Perkara Yang Dilakukan Oleh Orang Yang Bahagia

Apa sebenarnya yang kita semua cari dalam hidup? Apakah wang, jawatan, kedudukan, jodoh atau pun kebahagiaan?

image:pixabay.com


Mungkin tepatnya inti dari semua yang kita cari dalam hidup adalah untuk mendapatkan kebahagiaan itu sendiri. Tapi apakah yang membuatkan seseorang itu rasa dan hidup bahagia secara alami?

Mengungkapkan dari apa yang saya baca dan pelajari dalam beberapa buku psikologi dan jurnal kehidupan, ternyata kesimpulan yang dapat diterjemahkan bahawa ada tiga perkara yang dilakukan oleh orang orang yang hidup bahagia setiap hari. Jom kita teliti dan pastikan kita juga melakukannya.

Selalu Optimis dan Fokus
Pemikiran yang optimis penting sekali dibentuk agar kita mampu selalu menilai berbagai perkara secara positif. Orang bahagia terkenal dengan pemikiran dan cara berfikirnya yang optimis,sentiasa fokus serta mampu mengendalikan emosinya dengan baik. Pemikiran optimis dan sentiasa fokus ternyata sangat baik dan membantu menghadapi segala situasi dalam hidup.

Tidak Mementingkan Diri
Orang yang hidup bahagia selalunya tidak mementingkan diri dan memberikan prioriti yang baik yang membuat orang disisinya bahagia..Dimana dia mampu mengenali apa yang jadi prioriti utamanya. Menghabiskan waktu dengan keluarga, teman, melakukan kegiatan yang menyenangkan dan bermanfaat untuk orang lain, serta tahu arah tujuan hidupnya. Orang-orang yang bahagia melatih diri mereka untuk mengetahui secara jelas apa yang akan mereka lakukan. Mereka mengutamakan kesihatan, memberikan kegembiraan, cinta dan kasih sayang lalu yang selebihnya akan mengikut hidup mereka.

Tahu Apa Yang Membuat Mereka Bahagia
Orang orang yang hidup bahagia tak mudah terpengaruh dengan sesuatu hal di sekeliling mereka. Mereka tak terpengaruh cuaca atau keadaan semasa. Mereka tidak selalu mengalami mood swing, kerana mereka tahu apa yang membuat mereka tetap boleh berbahagia dan bersyukur dengan apa yang dimiliki dan capai dengan hidup mereka.. Benda atau pun perkara kecil dapat mereka nikmati dengan tenang dan damai misalnya mendengar muzik, membaca buku kegemaran atau pun sekadar menikmati udara di sekeliling dan lain lainnya. Apa pun yang mereka buat, mereka boleh berbahagia.

Jadi secara dasar sebenarnya cukup simple kan untuk menjadi bahagia? Setiap orang tentunya boleh hidup bahagia, semuanya tergantung apa yang mereka lakukan dalam hidup dan bagaimana mereka menanggapi segala sesuatu.

1 comment:

Komen adalah tanggungjawab anda. Setiap komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen berguna dan lakukan dengan ikhlas.


Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini kadangkala berasal dari berbagai sumber media lain. Hakcipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait, hubungi saya melalui menu contact di atas.