Independent Part Time Blogger

Breaking

Tuesday 8 August 2017

Ingin Bahagia? Hentikan 4 Mentaliti Ini


Hidup bahagia merupakan impian semua orang. Tak kira tua atau muda, miskin atau kaya, semua mengimpikan hidup yang aman dan bahagia sentiasa.

Kenyataannya hidup bahagia itu bukan sesuatu yang mudah untuk di capai. Hidup bahagia bukan bergantung pada usia, bukan juga bergantung pada status miskin atau pun kaya. Tentu kadangkala kita hairan melihat orang kaya dan berharta tapi hidupnya tak tenteram dan porak peranda, tapi ada pula orang yang biasa biasa tapi hidupnya sentiasa aman dan bahagia.

Ini kerana hidup bahagia itu sebenarnya bergantung pada diri kita sendiri tak kira siapa pun kita. Mentaliti kita sebenarnya harus membawa kita ke arah hidup bahagia itu sendiri. Buang jauh jauh mentaliti yang negatif. Mengikut dari pembacaan dan memerhatikan mereka mereka di sekeliling, saya kongsikan sebanyak 4 mentaliti yang semestinya kita hentikan jika ingin hidup bahagia.

1- Selalu Mengeluh
Ini memang biasa pada kebanyakan orang. Bila setiap kali sesuatu itu tidak berjalan sesuai keinginan dan perancangan kita mengeluh. Tanpa sedar sebenarnya mengeluh itu takkan membuatkan apa yang telah terjadi berputar balik malahan setiap kali kita mengeluh sebenarnya kita menarik energi negatif ke minda dan tubuh kita. Sepatutnya kita jadi orang yang lebih bersyukur dengan apa yang ada kerana jika kita rasa kita kekurangan tentu ada lagi orang yang lebih kekurangan daripada kita. Belajar bersyukur atas segalanya akan menarik energi energi positif ke minda dan tubuh kita.

2- Lari Dari Tanggungjawab
Ingat, hidup ini bukan 'mee segera'..tak ada yang segera dalam hidup ini. Jika mahukan sesuatu kita kena berusaha mendapatkannya. Usah hindari diri dari tanggungjawab hidup kita. Lakukan tanggungjawab kita kepada diri sendiri,masyarakat,ibubapa,keluarga,kawan-kawan,pekerjaan dengan seadanya. Bila kita melakukan tanggungjawab kita sehari hari dengan ikhlas pasti apa yang kita mahu akan beransur ansur tercapai.

3- Ragu Dengan Diri Sendiri
Mentaliti ini merupakan pembunuh utama kepada kejayaan seseorang. Sebelum berusaha dan melakukan sesuatu kita sudah mengalah. Takut dan ragu dengan kebolehan diri sendiri. Jika tidak mencuba apakah kita tahu kemampuan diri?

4- Cuba Mengurus Semuanya
Dalam hidup ini jangan sesekali cuba menjadi seorang yang sempurna. Tiada siapa pun di dunia ini yang seratus peratus sempurna. Cuba mengurus semua perkara bukan sikap yang positif. Jika ada sesuatu hal atau masalah cubalah bertenang dan memikirkan dari berbagai pandangan. Minta pendapat orang orang terdekat jika perlu. Kita tak akan dapat menikmati hidup dan bahagia jika sentiasa berusaha mengurus segala sesuatu dengan sendirinya.

Terimalah setiap sesuatu seadanya. Ini lah cara yang paling baik untuk hidup bahagia. Berusaha dengan jujur dan terima balasan yang setimpal dengan usaha kita. Jangan sesekali menyalahkan kehidupan kerana bahagia atau tidak ada pada diri kita sendiri. Sekian semoga berbahagia semuanya.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Setiap komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen berguna dan lakukan dengan ikhlas.


Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini kadangkala berasal dari berbagai sumber media lain. Hakcipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait, hubungi saya melalui menu contact di atas.