Independent Part Time Blogger

Breaking

Sunday 7 January 2018

Susah Tidur? Jom Lakukan Ini 30 Minit Tidur Nyenyak Setiap Malam.

www.kamalhalim.com

Image: pixabay.com

Memang diakui dan satu kenyataan yang benar bahawa tidur yang cukup adalah sesuatu yang amat diperlukan setiap orang. Walaupun seringkali ia diabaikan, tapi jika seseorang itu kurang tidur tentunya akan ada kesan langsung yang mampu mengganggu kesihatan fisikal mahupun mental.

Justeru itu ada sesetengah orang yang sampai terpaksa mengambil ubat tidur untuk membantu agar dapat cepat tidur yang nyenyak. Namun pengambilan ubat tidur tidak disyorkan sama sekali kerana ubat ubatan pasti akan membawa kesan buruk yang lain.

Tapi selain pengambilan ubat ternyata ada alternatif lain yang lebih sihat untuk mendapatkan tidur nyenyak iaitu dengan melakukan senaman sebelum tidur.

Menurut pakar kesihatan dalam MindbodyGreen, Michael J. Breus, Ph.D.."Jika kamu ingin memilih satu cara untuk membantu membuatmu tidur nyenyak malam hari, maka bersenamlah sekurang kurangnya 15-30 minit."

"Kenyataannya bersenam boleh meningkatkan kualiti tidur, meningkatkan tempoh masa tidur, menurunkan perasaan cemas dan stress, juga mampu membantu mereka yang mengalami gejala insomnia atau masalah susah tidur yang lainnya."

Jelasnya lagi bahawa aktiviti fizikal tidak hanya membantu meningkatkan waktu tidur dan membuatkan tidur lebih nyenyak, tapi juga mampu meningkatkan fungsi imun tubuh, kesihatan jantung, dan mengendalikan tingkat stress serta kecemasan.

National Institute of Health dan American Heart Association menganjurkan agar melakukan aktiviti senaman selama 150 minit seminggu atau 30 minit sehari untuk mendapatkan tidur nyenyak di malam hari sekaligus menjaga kesihatan secara umum.

Secara umumnya senaman memang membantu mengurangkan energi badan hingga kita akan merasa lelah dan ketika tubuh sudah sangat lelah, maka kita juga akan lebih cepat tidur dan mendapatkan istirehat yang optimal hingga esok paginya.

Jadi, bersenamlah 30 minit sebelum tidur agar tidur akan nyenyak dan bangun dengan segar paginya . Semoga hidup kita akan terarah kepada arah kehidupan yang sentiasa sihat.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Setiap komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen berguna dan lakukan dengan ikhlas.


Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini kadangkala berasal dari berbagai sumber media lain. Hakcipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait, hubungi saya melalui menu contact di atas.