Independent Part Time Blogger

Breaking

Thursday 11 January 2018

Khuatir Dan Curiga Dalam Percintaan? Wajarkah?

www.kamalhalim.com
Image:pixabay.com
Dalam hidup ini pastinya ada saat di mana setiap individu memerlukan waktu luang dan menikmati dunianya sendiri. Kerana kebebasan itu adalah hak setiap individu yang tidak boleh dinafikan.

Begitulah juga dalam perhubungan. Tak kiralah hubungan persahabatan, hubungan cinta mahu pun di alam perkahwinan.

Berdasarkan kenyataan ini ternyata dalam menjalinkan hubungan, sikap tidak percaya pada pasangan perlu berpada pada kerana jika sentiasa timbul rasa tidak percaya pasti akan membuatkan pasangan anda rasa ragu ragu dengan anda. Fikirkan segalanya dengan fikiran positif, dengan perasaan sabar dan tenang. Jangan sesekali nampak seolah olah anda memaksanya dan berilah pasangan anda ruang untuk meyakinkan anda sama seperti anda meyakinkan dirinya.

Begitu juga dengan perasaan cemburu. Memang cemburu pada pasangan bukan sesuatu yang salah tapi cubalah usahakan agar cemburu itu tidak menjadi cemburu yang keterlaluan atau pun cemburu buta semata mata yang nantinya akan membuatkan pasangan merasa bosan dengan anda. Kadangkala samada sedar atau tidak, ada antara sikap sikap kita yang tak kurang boleh membuatkan pasangan kurang senang. Lebih lebih lagi jika ianya berupa sikap sentiasa curiga, khuatir akan ditinggalkan dan sentiasa tidak percaya.

Hubungan yang dibina atas cinta yang jujur dan tulus, penuh penerimaan dan rasa percaya, tentu akan menjadi hubungan yang sentiasa harmoni dan bahagia. Sebaliknya, hubungan yang dibina hanya kerana obses,atau kerana tak ingin bersendiri dan kerana tak mahu kesepian, ianya pasti tak akan pernah menemui kebahagiaan. Apatah lagi bila hubungan sering kali terjadinya ketidaksenangan atau pertengkaran hanya kerana perkara perkara remeh.

Sebenar ada beberapa perkara yang menandakan bahawa anda sebenarnya adalah seseorang yang mudah khuatir dan curiga terhadap pasangan anda. Perkara tersebut antara lain adalah, anda sering mereview balik setiap percakapan pasangan anda, juga selalu bertanya tentang apa yang dilakukan pasangan, di mana dia dan bersama siapa dia.

Selalu mengintip akaun media sosialnya, mencari tahu apa status terbarunya di facebook, twitter atau media sosial lainnya, anda juga akan terus mendesak mencarinya jika dia tidak memberikan khabar pada anda sedangkan dia sedang sibuk. Yang paling teruk jika anda sering membayangkan yang pasangan anda tergoda dengan orang lain, membayangkan dia akan meninggalkan anda atau dia akan mengkhianati kepercayaan yang anda berikan padanya.

Come on, bila menjalinkan hubungan dengan seseorang yang anda cintai, bersikap dan bertindaklah sewajarnya saja. Jangan juga mencintainya secara berlebihan kerana segala sesuatu yang berlebihan itu ada tidak baiknya. Jalani dan nikmati hari-hari hidup anda seperti biasanya, jangan mudah stress apalagi tertekan hanya kerana fikiran dan perasaan anda yang bukan bukan. Beri ruang jika pasangan ingin bersendiri seperti anda juga perlu ruang untuk diri anda sendiri.

Biarlah pasangan anda rasa senang dengan dunianya seperti dia membuat anda senang dengan dunia anda. Walaupun begitu, selalu beri pasangan pengertian apa yang anda inginkan darinya tanpa memaksa. Beri perhatian yang tetap membuatnya senang tanpa harus merasa tertekan. Jalani hubungan anda berdua dengan santai tapi tetap berkomitmen dan tetapkan mahu dibawa ke mana arah hubungan anda berdua. Semoga hubungan yang dibina akan lebih berjaya,bertahan dan kekal selamanya.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Setiap komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen berguna dan lakukan dengan ikhlas.


Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini kadangkala berasal dari berbagai sumber media lain. Hakcipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait, hubungi saya melalui menu contact di atas.