Independent Part Time Blogger

Breaking

Sunday 28 January 2018

Hargai Hidup Terima Diri Seada Adanya

www.kamalhalim.com
image:pixabay.com


Hidup ini bukan mudah. Hidup penuh dengan kejutan, penuh dugaan dan cabaran. Apatah lagi hidup kita ini di kelilingi oleh orang orang lain di sekeliling. Apatah lagi hidup di zaman yang serba mencabar dan menduga seperti zaman sekarang.

Hidup umpama roda kata pujangga, ya memang benar! Hidup ini sentiasa bergerak dan berputar. Kadang putarannya di atas dan kadang di bawah. Kerana itu walau pun mahu, tidak selamanya kita dapat memilih putarannya berada di atas. Ada kalanya kita pasti akan berada pada posisi paling di bawah dan tidak menyenangkan. Lalu bila ini terjadi.. haruskah kita menyalahkan keadaan? Atau haruskah kita menyalahkan diri sendiri?

Ingatlah, kita tidak dapat mengatur segalanya sesuai kemahuan kita saja. Ada beberapa hal yang mahu tak mahu harus kita terima. Seperti juga roda kehidupan terus berputar dan tidak selamanya berada pada jalan yang menyenangkan. Mungkin hari ini menyenangkan esok berubah menjadi tidak menyenangkan.

Namun walau pun begitu, ketika diri kita berada pada satu masa yang tidak menyenangkan, jangan sesekali menyalahkan keadaan. Paling penting jangan menyalahkan diri sendiri. Kerana diri tak pernah bersalah. Hanya saja kita perlu tahu bagaimana menikmati hidup ini dan terima keadaan diri seada adanya.

~ Ketika mengalami kegagalan, jangan jadikan semua itu sebagai beban. Setiap kegagalan yang kita alami adalah sebahagian dari proses untuk kita belajar dan bertindak lebih baik di masa akan datang.

~ Jangan sesekali membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Ingat dan percayalah, diri kita tidak sama dengan orang lain. Setiap orang di muka bumi ini memiliki keistimewaannya sendiri.

~ Buat dan bertindak atas apa yang membuat diri kita bahagia, jangan sesekali melakukan sesuatu hanya sekadar untuk membuat orang lain bahagia. Lakukan apa yang diri kita suka meskipun pilihan atau apa yang kita lakukan tidak dapat menyenangkan semua orang. Ingatlah, tidak ada satu orang pun yang sebenar benarnya dapat membuat orang lain bahagia kecuali diri sendiri.

~ Belajarlah untuk menerima kritikan atau pandangan dan belajarlah dari kritikan yang kita terima. Anggaplah setiap kritikan itu peluang terbaik kita untuk menjadi lebih terbaik esok lusa dan seterusnya.

~ Belajar untuk menerima dan mengakui setiap kesalahan yang kita lakukan, lantas belajar untuk memaafkan diri sendiri dan jadikan ianya sesuatu yang baik untuk masa depan.

~ Peraturan hidup yang mudah. Buat baik di balas baik, buat jahat balasannya pasti saja jahat. Jadi, perlakukan orang lain seperti kita ingin diperlakukan.

~ Masa lalu sudah berlalu. Jangan kesali apa yang tidak baik masa lalu. Jadikan masa lalu itu sebagai salah satu episod hebat dari perjalanan hidup kita yang bererti.

~ Orang lain boleh kita pun boleh. Tapi mungkin dengan cara kita sendiri. Jangan pernah meremehkan kemampuan diri sendiri.

~ Setiap masalah yang kita alami adalah satu hal yang perlu kita hadapi. Jangan menyesalinya dan jangan melarikan diri dari masalah. Tenang dan berfikir positif.

~ Ketika merasa marah dan kecewa, jangan di pendam. Luahkanlah segalanya tapi dengan ekspresi yang positif.

~ Tiada orang boleh hidup sendiri. Berkawan dan berteman itu perlu tapi berkawanlah dengan orang yang boleh membawa kepada sesuatu yang baik dan berguna.

Ingatlah, dalam hidup sehari hari setiap orang berhak dengan pilihannya sendiri. Jangan lupa untuk berbahagia dan terima juga hargai diri kita seada adanya.

No comments:

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Setiap komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen berguna dan lakukan dengan ikhlas.


Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini kadangkala berasal dari berbagai sumber media lain. Hakcipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait, hubungi saya melalui menu contact di atas.